Assalamualaikum semua ...
Gambar dekat atas tu aku, handsome, comel, cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. K abaikan perkataan tu, Sekarang ni tolonglah baca dulu apa yang aku tulis. Penat - penat aku tulis, okey nak tahu intro aku kan ? Jap
- Muhammad Hadziq Idham Bin Khairul Nizam
- 16 Ogos 1999
- Tempat lahir Klinik Damo Klang
- Tempat tinggal Bukit Tinggi Klang
- Sekolah Menengah Batu Unjur Klang
Okey done, now dah tahu aku punya dirikan ?? Sebenarnya, time umur aku 13 ramai cakap umur like 16!!!! Diorang ingat aku ni tua sangat kee ... Hmmm, mungkin muka aku Matured sangat kot. Tak apalah, orang cakap kalau bertambah besar, dia bertambah *HNDAOSEM*. Haha, faham-faham sendiri. Aku pun tak tahu apa motif diorang cakap aku macamtu, tua sangat ke aku ni and apa aku makan sampai aku sendiri pun pelik ada ke baru form 1 muka dah macam form form besar. Alaaaaa, biarlah bukan makan orang pun, lagipun Allah dah bagi aku muka ni, terima tak terima nak buat macam manakan. Kena jelah redha dengan apa yang dekat diri kita ni.
Time masuk 2013 aku dah masuk form 2, fuyoooo asallah cepat sangat masa sekarang, sebenarnya aku lagi suka time form 1 sebab kawan - kawan kitaorang sporting jer semua. Tapi masuk form 2 ni, nasib aku dapat kelas sama OPAL!! <~~ Tu nama kelas aku time form 1 and sampai sekarang. Yang form 1 yang sama kelas dengan aku dulu sikit jer yang berpisah tapi yang sama kelas dengan aku pun cina yang bolehlah dengan kenakalan diorang tu, biasalah cinakan. Nak buat macam mana, marah sikit 5 saat kemudian bising balik. Sampai cikgu sains kitaorang menangis dan halau kitaorang time dah habis pada masa pertama. Padahal kitaorang ada sains sampai dua masa tapi disebabkan cikgu dah bengang sanggup diorang halau kitaorang. Budak cina apalagi gelaklah, tapi sembunyikan lah, tak akan nak tunjuk depan cikgu pulak. Bodoh namanya tu, tapi cikgu perasan sampai cikgu cakap " KAU NANGISLAH, CIKGU TAK KISAH, NANGISLAH SEKUAT HATI KAU " dengan dalam kenangisan. Diorang apa kisah, gelak sambil tutup dengan mulut. dah selesai salin dekat papan hitam yang cikgu dah berikan tetiba keluar suara " DAH HABIS SALIN? DAH HABIS SALIN KELUAR SEKARANG DARI BILIK AKU NI " eleh, aku dah lama dah habis salin, kau jer yang menangis dari tadi. Dah tanpa sebarang percakapan dan pertanyaan semua keluar sekali gus. Haaaa, keluar dari bilik tu apalagi MELETUS gelak cina-cina tadi tu. Biasalah sekolah kitaorang, Batu Unjur dipenuhi dengan CINA jer. Dah selesai letak buku atas meja aku nampak member india aku perempuan keluar kelas dan terus menuju ke bilik sains tadi tu. Aku pun apalagi, join jelah. And aku nampak semua tengah pujuk cikgu tu, cikgu tengah menangis kesedihan yang melanda di pipi. FUYOOOOO!! *Boleh buat novel seh aku kalau macam ni, haha.* Member india aku peluk bahu cikgu then cakap " DAHLAH CIKGU, TAK MOA NANGIS - NANGIS : tetiba keluar suara " KAMU TAHU TAK, AIR MATA CIKGU NI, MACAM AIR MATA IBU KAMU " india lelaki aku jawab " MEMANGLAH CIKGU, ITU SEBABLAH KITA ORANG DATANG SINI NAK MINTA MAAF" aku tengok tadi sumpah boring, tanpa berlengah aku dengan member karib aku Thaqif terus keluar dari bilik tu dan terus menuju ke dalam kelas. Malas nak layan drama ADAM & HAWA TU . Haha, aku tengok budak cina aku semua keluar, merayau paling tepat PONTENG !! Aku pun apalagi HARLEM SHAKE, GENTLEMEN semua dalam kelas dengan kawan aku. Aku nampak cikgu duduk dekat tembok sebelah kelas aku tu, apa dia ingat kitaorang kesian sangat dekat dia!! Peee, tolong ahh. Tak ada kisah k . And kalau kau orang nak tahu, time dia masuk jer dalam kelas terus marah tetiba!! Tak ada SELAMAT SEJAHTERA cikgu. Arghhh, dia ingat kitaorang ni takot sangat ke. Tapi okeylah jugak, tengok cikgu tu menjerit - jerit. Biar sakit sikit tekak dia tu. And okey jugak sebab semua belajar dalam keadaan diam. Hahaha.
Tapi kalau kau orang nak tahu, semenjak aku masuk form 2 ni sumpah berubah habis perangai kitaorang. Aku rasa masa form 1 tu pon, tak adalah seterok ni, tapi nak buat macam mana dah murid - murid macamtu kan. Hahaha
Okeylah, letihlah aku nak tulis lagi. Btw thanks sangat - sangat baca apa yang aku dah tulis ni. Harap kauorang enjoy okey dengan apa yang aku dah tulis sekarang ni.
Assalamualaikum dah Terima Kasih ....
*Dah macam aku tulis benda novel pulak!! errrrr
Assalamualaikum ...
Ni kali ke 2 aku tulis pasal kakak aku Lifa Eyfa.
Sebenarnya aku rindu dia, dah lama dah aku tak jumpa dia sebab dia dah masuk asrama dekat Seremban, tu susah nak jumpa. Nasib dia dapat cuti, dan kami dapatlah juga jumpa.
Kitaorang jumpa 4/5 hari Sabtu. Aku dah tak jumpa dia dalam 2 atau 3 bulan macamtu. Lama doh aku xjumpa dia, betapa rindunya aku dekat dia. Korang apa tahu ngek --"
Kitaorang tengok wayang cerita BISIKAN SYAITAN, hmmm ...
Tak takot pon, cuba tanya lifa, aku gelisah sebab KESEJUKAN.
Dalam barisan kitaorang tu hanya kami sahaja. Alaaaa, apa nak takot !!
Kitaorang banyak cakap sebab bosan., Serious !!
Aku siap main TAB . haha
Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku rasa sampai sini je kot ::))
Bye, assalamualaikum !!!
Assalamualaikum ...
harini aku nak cerita pasal kakak angkat aku yang PERTAMA :D
nama dia NUR ALIFAH tapi orang panggil dia LIFA EYFA sebab tu nama samaran.
mula-mula aku just kenal dia dekat SEKOLAH AGAMA dulu, tetiba dia rapat dengan kakak aku.
aku just anggap dia mula-mula macam kawan kakak aku jew tapi bila dah lama-lama, dia rapat dengan aku ,
teringin pula nak ada KAKAK ANGKAT macam dia. Sebab dia dengan kakak aku sama-sama care pasal aku. Aku nak hisap rokok tapi tak boleh sebab mula-mula kakak aku tak kasi then bila lifa dengar terus dia sound aku. Hmm nampak tak betapa care nya dia pasal aku :') aku dah kenal dia lama jugak, lepastu berapa lama kitaowng tak tegur :'( tapi nasib tahun ni banyak kali jumpa :) time dia sakit, aku cukup risau sampai gosok badan belakang dia sebab geng2 kakak aku semua kacau dia sampai dia letih, tapi best juga kacau dia ni. Hahaha :) masa dia sakit tu, aku bawak dia punya beg sekali sebab dia dah tak larat. Tengok aku pun risau pasal dia. Walaupun dia just kakak angkat aku tapi aku dah macam anggap dia kakak aku sendiri .
Bila balik tu, baru lah dia okey :') lega aku. Aku sayang dia macam aku sayang kakak aku, tu sebab aku tak boleh nak tengok dia sakit or what, tu bole buat aku bertambah risau. Bila time dia tidur sini, aku banyak kali berborak dengan dia :) yelah bukan selalu dapat kan :p
dia sekarang dah kejar dekat WINDMILL dengan kakak aku, satu tempat kejar :) nasib dekat jer, so kalau selalu datang JUSCO selalu jumpa dia. Dia comel kan ? *macam adik angkat dia*haha. Tapi aku rasa dia dengan kakak aku dua2 COMEL :D tu sebab adik dia ikut :p bahaha. Jangan marah :D
*Kay sambung cerita*
Time aku dekat sunway, aku banyak kali kena kan dia sebab dia kan kuat MELATAR. Tu sebab aky suka usik dia :D haha. Tapi bila dia dah marah, cuit sikit dia marah kita balik :'( haha. Masa tu ramai gila kena kan dia . Sumpah awesome :) aku just tengok dan tergelak-gelak. Tapi dia kesian juga sebab terseksa sebab kitaowng :P haha. Biarkan dia, lagi bagus kalau kacau !
Tahun depan dia akan pindah ke SEREMBAN :( Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat .
Sebab aku sayang dia kot ...
Tu sebab aku jadi macam ni, walaupun dah setiap hari aku jumpa dia aku rasa macam BER-PULUH-PULUH tahun tak jumpa dia. Aku cepat rindu dia <3
Masa hari jadi dia nanti aku ponteng sekolah sebab nak celebrate birthday dia :')
Alaaaaaaaaa ... bukan selalu ...
Ni pun last aku jumpa dia, lain kali mana ada lagi dah .
Kali ni ramai kot yang join celebrate birthday dia sebab dia kan last and dia banyak support kitaorang dari belakang tu sebablah kot :)
Aku sedih sangat sebab aku dah tak dapat jumpa dia lagi, macam yang aku cakap dia dah macam kakak kandung aku sendiri ...
So susah nak lepaskan dia :'(
Dia cakap kalau dia balik SEREMBAN, dia tidak akan balik sini lagi.
Aku harap yang aku akan selalu contact dengan dia ...
Okey lah, sampai sini jer yang aku bole cerita pasal dia :D
Assalamualaikum ....
by : Muhammad Hadziq Idham .